Salam.Alhamdulillah diberi kesempatan untuk mencoret sesuatu di sini.Memandangkan blog ini adalah di bawah seliaan biro info & media,saya perlu mendapatkan keizinan daripada mereka terlebih dahulu.Terima kasih kepada Syamil,Saleha dan Miss Hasna.Saya memilih untuk menulis di dalam Bahasa Melayu agar lebih mudah untuk difahami oleh majoriti.Insyaallah.

Setelah melalui beberapa siri peperiksaan pertengahan semester(mid-term),saya berharap anda semua masih lagi mempunyai kekuatan untuk meneruskan sesi pembelajaran.Walaupun segala usaha telah dicurahkan,perlu diingat segalanya bukan terletak di tangan kita.Sebagai manusia,kita hanya berupaya untuk berusaha dan terus berusaha tanpa mengenal erti penat lelah.Apabila telah berusaha dengan segala daya yang ada,serahlah kepada Allah 'azzawajalla.Hanya Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya.Apa jua keputusan,kita dituntut menerimanya dengan hati yang terbuka.Mungkin pada kali ini,bukan rezeki kita.Namun,jangan lupa.Masih ada lagi ujian pertengahan yang perlu ditempuh.Bersiap-sedialah dengan secukupnya.

Antara perkara yang menarik perhatian saya ialah 'group discussion'(perbincangan dalam kumpulan) yang baru sahaja diwujudkan atas tujuan untuk saling bantu-membantu antara satu sama lain di dalam pelajaran.Sebenarnya,konsep pembelajaran yang baik ialah apabila kita berupaya memberi kepada orang lain dan dengan itu kita akan lebih memahami.Faham kita pula akan bertambah.Ia tidak sama dengan wang,apabila diberi ia akan berkurang.Saya menyarankan supaya 'group discussion' ini diteruskan mengikut keperluan.Namun,sebagai mentor,saya secara peribadi tidak banyak memberi,sebaliknya orang lain yang banyak membantu saya untuk memahami terutama biostatistics dan biochemistry.Cara kebetulan,hari ahad malam kelmarin(15 feb),diadakan biotech night.Tiada seorang pun daripada ahli kita yang menghadirinya.Nak buat macam mana?.Semua orang tengah khusyuk 'study group'sampai terlupa.Minta maaf banyak-banyak kepada penganjur.Lain kali,buat awal-awal mesti ramai yang datang.

Saya berkesempatan untuk mengedarkan artikel di dalam kelas(pengikut dan ikutan:antara tuah dan padah)tetapi dalam jumlah yang sedikit.Insyaallah,akan menyusul artikel daripada biro education.Agak menarik tajuknya.Lebih saya sukai jika suasana ilmiah dapat diwujudkan dengan bahan bacaan yang membuka minda dan pemikiran agar kita lebih terbuka di dalam berfikir.Kalau ada kawan-kawan yang ingin menyumbangkan artikel untuk perkongsian,boleh ajukan kepada nasar atau nadia untuk tindakan selanjutnya.

Sebelum terlupa.Hari Sabtu,21 feb akan diadakan fiqh sifat solat nabi anjuran msc.Sesiapa yang tiada sebarang aktiviti hujung minggu ini,bolehlah menghadirinya.Satu lagi,sesiapa yang memberi komen di blog saya,kalau boleh sertakan nama atau email untuk perbincangan.Berkenaan Sciencess Family Day,sehingga kini masih belum ada sebarang maklumat lagi.Sekadar ini sahaja.Sebelum berundur,terima kasih kepada pengunjung tetap blog ini.Diharap dapat berkongsi sebarang maklumat pada masa akan datang.Insyaallah,jika berkesempatan,kita bersua lagi.Semoga usaha kita akan diberkati.Amin.Wassalam.

-muhammad ukasyah azhari-

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati